
Seoul Korea Winter 2026
Jelajah Korea! Pelepasan Berkumpulan 2026 — Incheon • Myeongdong • Nami Island • Elysian Ski Resort • Seoul. Dari RM4,290.
Highlights Pakej
- ✓Nami Island (lokasi drama Winter Sonata)
- ✓Elysian Gangchon Ski Resort — pengalaman salji & ski
- ✓Eobi Ice Valley — dinding ais semula jadi
- ✓N Seoul Tower / Namsan
- ✓Ikseondong Hanok Village & Insadong Antique Street
- ✓COEX Starfield Library
- ✓Hongdae & Myeongdong Shopping Street
- ✓Namdaemun Market
- ✓Pengalaman memakai Hanbok
- ✓Istana Changdeokgung
Tarikh Berlepas & Harga
| Berlepas | Balik | Dewasa | Kanak | Seat | Status |
|---|---|---|---|---|---|
| 9 Dis 2026 | 14 Dis 2026 | RM 4,290 | RM 4,090 | — | Tersedia |
Itinerari Harian
Kuala Lumpur – Incheon
Para peserta akan berkumpul di KLIA untuk sesi taklimat perjalanan serta urusan daftar masuk penerbangan. Seterusnya, penerbangan berlepas menuju ke Incheon, Korea Selatan. Makan disediakan di dalam penerbangan dan bermalam di atas pesawat.
Incheon – Chuncheon – Nami Island – Elysian Gangchon Ski Resort – Eobi Ice Valley – Seoul
Setibanya di Lapangan Terbang Incheon, peserta akan dibawa ke Chuncheon untuk melawat Nami Island yang terkenal sebagai lokasi penggambaran drama Winter Sonata. Perjalanan diteruskan ke Elysian Gangchon Ski Resort untuk menikmati pengalaman bermain salji dan aktiviti ski (pilihan sewaan peralatan dan aktiviti adalah dengan bayaran sendiri). Seterusnya, singgah di Eobi Ice Valley yang terkenal dengan pemandangan dinding ais semula jadi sebelum bertolak ke Seoul untuk daftar masuk hotel dan berehat.
Seoul
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan ke Ikseondong Hanok Village yang dipenuhi bangunan tradisional Korea serta kafe-kafe unik. Seterusnya, menikmati suasana di Insadong Antique Street sebelum melawat COEX Starfield Library yang terkenal dengan rak buku gergasi. Pada sebelah petang, peserta akan mengunjungi Dongdaemun Design Plaza (DDP) dan Dongdaemun Market untuk membeli-belah sebelum kembali ke hotel.
Seoul
Selepas sarapan pagi, peserta akan menaiki EV Bus menuju ke N Seoul Tower untuk menikmati panorama bandar Seoul dari kawasan sekitar menara. Lawatan diteruskan ke Istana Changdeokgung sebelum mengunjungi Seaweed Museum bagi mempelajari proses pembuatan kimchi serta berpeluang memakai pakaian tradisional Hanbok. Sebelah petang, peserta diberi masa membeli-belah di Hongdae Shopping Street sebelum kembali ke hotel.
Seoul – Incheon
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan di Bukchon Hanok Village yang menampilkan keindahan rumah tradisional Korea. Seterusnya, singgah di Cosmetic Outlet dan Duty Free Shop untuk membeli cenderamata serta produk kecantikan. Perjalanan diteruskan ke Namdaemun Market dan Myeongdong Shopping Street sebelum bertolak ke Incheon untuk daftar masuk hotel dan berehat.
Incheon – Kuala Lumpur
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa ke Lapangan Terbang Incheon untuk urusan daftar masuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian di Korea Selatan.
Termasuk
- ✓Tiket penerbangan pergi balik
- ✓Penginapan 4 malam
- ✓Makan Halal mengikut jadual
- ✓Tiket masuk tempat lawatan
- ✓Pengangkutan bas / van berhawa dingin
- ✓Pemandu pelancong
- ✓Visa K-ETA
Tidak Termasuk
- ✗Insurans perjalanan
- ✗Perbelanjaan peribadi
- ✗Optional tour
- ✗Tipping RM150/Pax
- ✗Sewaan peralatan & aktiviti ski (bayaran sendiri)
- ✗Single supplement RM1,000
- ✗Infant RM500 (harga khas)